Monday, July 29, 2013

julieyna95@yahoo.com

SELAMAT DATANG KE KAMPUNG BUDAYA

Terletak di atas sebidang tanah seluas 17-ekar dan hanya terletak berdekatan dengan kawasan hotel-hotel resort, di sini terdapat bangunan replika yang mewakili kumpulan-kumpulan etnik di Sarawak; Rumah panjang Bidayuh, Iban,dan Orang Ulu, perkampungan hutan Penan, Rumah Tinggi Melanau, sebuah rumah tradisional Melayu dengan gelanggang gasing terletak bersebelahannya, Rumah Ladang Cina serta sebuah Pagoda Cina. Wakil dari setiap suku kaum ditempatkan di setiap bangunan ini dengan memakai pakaian tradisional dan melakukan aktiviti-aktiviti yang melambangkan gaya hidup tradisional mereka. Setiap bangunan juga diwakili oleh seorang ‘Tukang Cerita’ yang berpengetahuan luas tentang cara hidup dan budaya-budaya ini. Mereka juga sangat mesra dan amat berbesar hati untuk mengambil gambar bersama anda.
Setelah selesai melawat perkampungan budaya ini, anda boleh menyaksikan persembahan tarian tradisional dari pelbagai suku kaum di teater yang disediakan. Terdapat juga restoran serta kedai-kedai kraftangan di sini. Kampung Budaya Sarawak juga boleh ditempah dan menjadi hos kepada majlis makan malam bertema, atau keraian (sila dapatkan informasi dari hotel penginapan anda) dan yang menariknya adalah majlis perkahwinan juga boleh diadakan di sini, dengan tema tradisional seperti Iban, Bidayuh, Melayu ataupun Orang Ulu.









Peta Lokasi Kampung Budaya Sarawak











Peralatan Kaum di Sarawak

Acuan Kuih Kapit

Healing Hall


Kraf Tangan Manik

Anyaman Topi

Sunday, July 28, 2013

Persembahan Di Kampung Budaya

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Aktiviti yang terdapat di Sarawak

BERGENDANG

 
BERMAIN ALAT MUZIK TRADISIONAL
MENENUN

Rumah kaum yang ada di Sarawak



 Rumah bidayuh. 


Rumah panjang orang iban


Rumah yang di duduki oleh orang penan


 Rumah orang ulu. 


Rumah orang melanau


Rumah orang melayu sarawak.

Rumah orang cina