Sunday, July 28, 2013

Makanan Tradisi Sararawak

Manok Pansoh
Manok Pansoh adalah sejenis makanan dimana ayam dimasak dalam buluh. Makanan ini merupakan makanan tradisional masyarakat Iban. Cara menyediakannya sama seperti menyediakan lemang di semenanjung.
'Manok' bermaksudd ayam dan 'Pansoh' bermaksud dimasak dalam buluh. Dalam Bahasa Iban pula,dikenali sebagai 'Manuk Pansuh' ataupun ' Manuk Lulun'. Oleh sebab cara masakan ini berasal daripada masyarakat Iban, maka selain ayam bahan-bahan lain seperti  ikan disediakan mengikut cara yang sama.


Manok Pansoh yang telah dikeluarkan dari buluh


Tebaloi
Tebaloi merupakan sejenis biskut sagu yang merupakan sejenis makanan tradisional masyarakat Melanau. Bahan utama tebaloi ialah sagu. Makanan ini banyak dieksport ke luar negara dan merupakan salah satu makanan tradisional sarawak yang mempunyai permintaan yang tinggi.

Tebaloi diproses secara tradisional

Tebaloi dipotong menjadi kepingan

Tebaloi yang diproses secara kilang untuk dieksport
Umai
Umai merupakan sejenis makanan tradisional masyarakat Melanau. Umai juga dikenali sebagai 'Sushi Sarawak' kerana disediakan daripada ikan mentah. Ikan mentah dibersihkan dan diambil isinya dan diperap bersama limau dan bawang merah. Terdapat juga dicampur dengan hirisan cili mentah dan beberapa bahan sampingan lain. Umai yang paling biasa dijumpa adalah Umai Ikan. Umai lebih sedap jika dihidangkan terus setelah disediakan atau dihidangkan sejuk setelah disimpan dalam peti sejuk.
Umai udang yang disediakan di restoran

Umai ikan

No comments: