Monday, July 29, 2013
SELAMAT DATANG KE KAMPUNG BUDAYA
Terletak di atas sebidang tanah seluas 17-ekar dan hanya terletak berdekatan dengan kawasan hotel-hotel resort, di sini terdapat bangunan replika yang mewakili kumpulan-kumpulan etnik di Sarawak; Rumah panjang Bidayuh, Iban,dan Orang Ulu, perkampungan hutan Penan, Rumah Tinggi Melanau, sebuah rumah tradisional Melayu dengan gelanggang gasing terletak bersebelahannya, Rumah Ladang Cina serta sebuah Pagoda Cina. Wakil dari setiap suku kaum ditempatkan di setiap bangunan ini dengan memakai pakaian tradisional dan melakukan aktiviti-aktiviti yang melambangkan gaya hidup tradisional mereka. Setiap bangunan juga diwakili oleh seorang ‘Tukang Cerita’ yang berpengetahuan luas tentang cara hidup dan budaya-budaya ini. Mereka juga sangat mesra dan amat berbesar hati untuk mengambil gambar bersama anda. Setelah selesai melawat perkampungan budaya ini, anda boleh menyaksikan persembahan tarian tradisional dari pelbagai suku kaum di teater yang disediakan. Terdapat juga restoran serta kedai-kedai kraftangan di sini. Kampung Budaya Sarawak juga boleh ditempah dan menjadi hos kepada majlis makan malam bertema, atau keraian (sila dapatkan informasi dari hotel penginapan anda) dan yang menariknya adalah majlis perkahwinan juga boleh diadakan di sini, dengan tema tradisional seperti Iban, Bidayuh, Melayu ataupun Orang Ulu. | |
Sunday, July 28, 2013
Makanan Tradisi Sararawak
Manok Pansoh
Manok Pansoh adalah sejenis makanan dimana ayam dimasak dalam buluh. Makanan ini merupakan makanan tradisional masyarakat Iban. Cara menyediakannya sama seperti menyediakan lemang di semenanjung.
'Manok' bermaksudd ayam dan 'Pansoh' bermaksud dimasak dalam buluh. Dalam Bahasa Iban pula,dikenali sebagai 'Manuk Pansuh' ataupun ' Manuk Lulun'. Oleh sebab cara masakan ini berasal daripada masyarakat Iban, maka selain ayam bahan-bahan lain seperti ikan disediakan mengikut cara yang sama.

Manok Pansoh yang telah dikeluarkan dari buluh

Tebaloi
Tebaloi merupakan sejenis biskut sagu yang merupakan sejenis makanan tradisional masyarakat Melanau. Bahan utama tebaloi ialah sagu. Makanan ini banyak dieksport ke luar negara dan merupakan salah satu makanan tradisional sarawak yang mempunyai permintaan yang tinggi.

Tebaloi diproses secara tradisional

Tebaloi dipotong menjadi kepingan

Tebaloi yang diproses secara kilang untuk dieksport

Umai
Umai merupakan sejenis makanan tradisional masyarakat Melanau. Umai juga dikenali sebagai 'Sushi Sarawak' kerana disediakan daripada ikan mentah. Ikan mentah dibersihkan dan diambil isinya dan diperap bersama limau dan bawang merah. Terdapat juga dicampur dengan hirisan cili mentah dan beberapa bahan sampingan lain. Umai yang paling biasa dijumpa adalah Umai Ikan. Umai lebih sedap jika dihidangkan terus setelah disediakan atau dihidangkan sejuk setelah disimpan dalam peti sejuk.

Makanan Tradisi Sarawak (Mi)
Laksa Sarawak
Laksa sarawak 100% berbeza daripada laksa-laksa di semenanjung baik dari segi 'mee' yang digunakan dan kuahnya.Laksa Sarawak, walaupun kuahnya nampak seperti kari,tetapi sebenarnya bukanlah seperti rasa mee kari. Laksa sarawak rasa lemak, dan dicampur dengan daging ayam rebus yang dicarik-carik, tauge rebus separuh masak, udang rebus, hirisan telur goreng dan beberapa bahan lain. Semasa dihidangkan,laksa sarawak dihidangkan bersama dengan sambal belacan dan limau kasturi.

Gambar-gmbar dibawah adalah contoh laksa sarawak

Mee Kolok
Mee Kolok pada asalnya bukanlah makanan asal bumiputra Sarawak.Mee kolok adalah makanan yg dibawa oleh masyarakat cina sarawak yg datang berhijrah ke sarawak.Oleh sebab itu mee kolok banyak dihidangkan di semua kedai makanan cina di Sarawak.Mee kolok antara mee yg popular di Sarawak, dan semakin terkenal di kalangan masyarakat Melayu, walau bagaimanapun tidak banyak kedai makanan Melayu yang menghidangkan mee kolok dan terdapat sedikit pengubahsuaian rasa hidangan .

Terdapat beberapa istilah yang merujuk kepada mee kolok.
(i) Mee kolok (Melayu)
(ii)Kampua (Cina)
(iii)Mi Rangkai/ Mi kering (Iban)
Gambah dibawah adalah gambar mee kolok yang dihidangkan di kedai makanan cina.

Mee Kuching dan Kueh Tiaw Tomato
Kedua-dua mee ini popular di kalangan masyarakat sarawak tetapi tidaklah sepopular Laksa Sarawak dan Mee Kolok. Kedua-dua jenis mee ini senang didapati di kedai makanan cina, dan restoran ataupun food court (halal) di shopping complex.
Bagi Mee Kuching, mee ini banyak terdapat di Kuching dan juga dikenali sebagai Mee Dawai. Ini adalah disebabkan mee ini keras dan ranggup semasa dihidangkan.
Mee Kuching atau Mee Dawai

Keunikan Kampung Budaya
Sarawak memang cukup dikenali sebagai negeri yang mempunyai pelbagai kaum yang unik dan sukar untuk di dapati di tempat-tempat lain.
Untuk mengetahui latar belakang serta kepelbagaian etnik yang terdapat di Sarawak, rasanya tidak cukup jika sekadar dengan membaca buku tanpa melihat sendiri gaya hidup serta suasana penempatan kaum-kaum tersebut.
Oleh sebab itu, Kampung Budaya Sarawak yang dibuka secara rasmi pada tahun 1990 dan dibangunkan di atas tanah seluas 14 ekar diharap mampu memberikan pengalaman terindah kepada pengunjung yang mahu merasai sendiri gaya hidup serta kediaman sebenar masyarakat unik tersebut.
Hanya 35 kilometer dari Bandaraya Kuching dan mengambil masa lebih kurang 35 minit perjalanan menggunakan kereta, Kampung Budaya Sarawak merupakan lokasi percutian terbaik untuk seisi keluarga.
"Walaupun dikenakan bayaran sebanyak RM60 untuk golongan dewasa dan RM30 untuk kanak- kanak, namun saya rasa ianya cukup berbaloi kerana pengalaman sebegini sukar untuk didapati di tempat lain.
"Apatah lagi saya diberitahu kebanyakan kaum-kaum minoriti di Sarawak seperti kaum Bidayuh, Iban, Penan, Orang Ulu dan Melanau juga kini sedang dilanda era kemodenan. Jadi mereka sudah tidak tinggal di dalam rumah yang bercirikan tradisional seperti ini.
"Di Kampung Budaya Sarawak ini, kami dipaparkan dengan gaya hidup sebenar masyarakat tersebut termasuklah kuih muih, pakaian tradisional serta tarian yang dipersembahkan di dalam persembahan kebudayaan selama 45 minit yang diadakan khusus untuk pengunjung.
"Pendek kata Kampung Budaya Sarawak ibarat sebuah 'muzium hidup' yang penuh warna warni kehidupan masyarakat desa," ujar salah seorang pelancong tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Faizal.
Beliau yang berasal dari Kuala Lumpur memberitahu, anak-anaknya cukup teruja kerana berpeluang memasuki rumah kaum Melanau yang sangat tinggi serta kaum Bidayuh yang berbentuk bulat.
Tambah manis apabila para pekerja di Kampung Budaya Sarawak memberikan layanan yang baik dan mesra kepada para pelancong.
"Berlatar belakangkan hutan hujan tropika yang masih elok terpelihara serta Gunung Santubong yang tinggi melangit, saya yakin Kampung Budaya Sarawak akan terus dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa," tambahnya.
Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.15 petang, Kampung Budaya Sarawak yang telah menerima pelbagai anugerah dari dalam luar negara itu diharapkan akan terus terpelihara serta menjadi daya tarikan utama buat para pelancong yang mahu berkunjung ke Sarawak.

Saturday, July 27, 2013
Kaum yang terdapat di Sarawak
![]() | ||
Terdapat pelbagai jenis kaum yang terdapat di Sarawak. Antaranya ialah Melayu, Melanau, Iban, Bidayu, Orang Ulu dan Cina. |
Subscribe to:
Posts (Atom)